Hargai apa yag kita ada
Perjalanan hidup yang belum sudah…
Keluarga adalah segala-galanya dalam kehidupan kita
Suka, duka, tangis dan tawa ada di dalam kehidupan berkeluarga
Selagi kita masih memiliki ayah, ibu dan keluarga terdekat…hargailah mereka
Kerana,
Suatu hari nanti
Kita akan ditinggalkan mereka seorang demi seorang
dan mungkin…
kita akan mendahului mereka…
Sayangi keluarga tidak seperti menyangi benda berharga
Sayangnya tiada galang dan ganti
Siapa dan dimana kita berada
Mereka jualah yang akan menerima kita seadanya…..
Sayangilah keluarga Kerana Allah…
Jika sayangnya kita kepada mereka kerana Allah,
Kita akan terus berada pada lorong kehidupan yang diredhaiNYA…
Saya Sayang Keluarga Besar Saya…
Terima Kasih Tuhan!
Alhamdulillah… Akhirnya dapat juga kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama keluarga di Johor. Jika Awal Ramadhan saya sekeluarga dapat memulakan iftor kami di Skudai, Akhir Ramadhan pula hari berbuka kami di Ayer Hitam dan Kluang pula. Sememangnya aktiviti kekeluarga adalah agenda utama yang abah terapkan sejak saya kecil. Oleh sebab itu ukhuwwah keluarga akan bertambah erat dengan acara makan2! Apatah lagi bila di bulan puasa. Akhirnya hajat nyaie tercapai juga untuk berbuka puasa bersama-sama saya dan adik-adik. Abah dan mama juga turut serta pada 2 terakhir Ramadhan bersama-sama kami. Tajil dan Osman sahaja yang tiada. Osman masih belum dapat bercuti manakala Taj ada majlis berbuka puasa bersama keluarga mertua dirumahnya…. Alhamdulillah….Masing-masing dah pandai menyambung tradisi abah dan arwah mak.
MAlam terakhir Ramadhan Saya dan adik-adik rewang (bergotong – royong masak) di rumah abah n mama yang terletak diKluang. Jika tahun lepas semua adik beradik beraya di rumah mertua tapi tahun ini kami dah janji untuk berkumpul dirumah abah. Siap tetapkan warna tema baju raya yang susah dicari tu….! Paling susah nak cari saya la…. dah tak de size! almaklumla…. orang berbadan dua… ada kuning sikit2 pun jadi la… Tajul sekeluarga lagi selamba.. Warna hijau pucuk pisang dikatanya warna ala2 kekuningan! rabun warna apa!? Si bujang Osman n Fendi lagi buta warna bila pakai warna hitam… ishk3! tak ikut peraturan betul…. hehehehhe…. Tak pe la… tu peraturan dunia je…
Selalunya kebanyakkan keluarga malam raya baru meriah bersilat masak makanan untuk pagi raya. Tapi kami tidak…. Tengah puasa terakhir tu kami dah bersilat utk rebus ketupat, masak lodeh, rendang, daging kicap , sayur goreng n kuah kacang. MAkanan raya kami raikan pada waktu berbuka puasa… hehehhe…. so, lepas takbir je, kami dah boleh berehat dan lepak2 …. kemas rumah? tak perlu….. memang dah lama kemas…. tukar langsir? tak juga…. langsir lama elok lagi… so, malam raya kami fokus utk aktiviti2 santai je…. tapi ada gak yang baru nak cari samping dan tudung pada malam raya! sape la tu….
Alakullihal….. Raya adalah kejayaan kita setelah bermujahadah selama sebulan berpuasa….Apa yang lebih penting, penghayatan pada malam 1 Syawal perlu kita rebutkan fadhilat amalan yang mudah sesiapa pun lupakan…. MOga2 bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang… Miss U Ramadhan!
Terlalu banyak peristiwa yang mengundang sepanjang saya tidak menulis….Saya terlepas untuk menulis entri hari lahir Aufa pada 4 Julai, hari lahir saya sendiri pada 24 Julai , saat-saat saya mengetahui saya hamil lagi sehingga detik-detik Ramadhan bertamu. Dua perpisahan telah berlaku sepanjang Ramadhan ini… Kembalinya mak cik saya dan nenek saya serta peristiwa-peristiwa lain yang datang bertamu menjadikan saya lebih mengenali erti dewasa. Dewasa dalam erti kata melayari kehidupan yang lebih mencabar.
Saya dan keluarga juga baru saha berpisah dengan puteri tunggal keluarga suami. Jauharah terus mara dengan cita-citanya belayar ke US melanjutkan pelajaran peringkat PHD. Doa kami sentiasa mengiringinya.
KEmbara Ramadhan tahun ini, seperti sebelum ini, cuma oleh kerana kudrat dan tenaga saya agak terbatas lantaran kehamilan ini , saya lebih banyak beristirehat di rumah sahaja. Semarak malam Ramadhan di masjid dan surau hanya di jayakan oleh suami dan anak-anak sahaja. NAmun agenda laksa Johor, Lontong JOhor dan NAsi Arab telah tertunai jua! Seronok dapat menjamu keluarga dan masak untuk mereka. Baby kali ni agak suka memasak berbanding yang lain…. perempuan kot…! hahahaha… tapi nama yang sering disebut2 Adam! entah la… tapi nampaknya baby ni lebih cool dan steady wp awal kehamilan alahannya agak teruk. Apa-apa pun Adam Haziq ke… Asma` Habibah ke… apa juga jantina yang lahir saya ok je….! (hahahha siap dah letak nama tu… tak senonoh!)
Salam Ramadhan untuk semua dan semoga kita semua dalam limpahan Rahmat dan Kasih sayangNYA jua…..
Jun 2011….. genap setahun saya di Putrajaya, dan 6 bulan di PPWPP pula banyak ilmu baru yang ditimba. Keluar daripada kepompong keguruan kepada pengurusan adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Sememangnya inilah kehidupan…. adakala kita diuji dan didatangi dengan peristiwa dan agenda yang kita tidak jangkakan.
Dalam saya menelusuri hari-hari saya di PPWPP, saya perlu membuat satu lagi keputusan besar… Waduh! Apa-apa pun semoga petunjuk Allah menyuluh hari yang mendatang. Sebarang keputusan perlukan fikiran yang akan melibatkan kesan jangka masa panjang.
Seorang guru itu ibarat pantai… mengasuh dan mendidik anak didik yang datang silih berganti bak ombak yang menghemas dan membelah samudera. Dalam pada silih pergantian anak-anak didik yang datang dan pergi, pantai tetap setia di situ dengan gelaran keramatnya seorang GURU……
Ya Allah…
Rahmatilah semua anak didikku dimana jua mereka berada.
Permudahkanlah perjalanan ilmu mereka.
Ampunkan dosaku
Andai ada kekurangan dalam mendidik mereka.
First time berceramah dihadapan lelaki secara formal. Sebelum ini, saya hanya berforum dan berucap hanya dihadapan pelajar dan kalau ada pun cikgu lelaki yang mendengar ceramah saya hanya dalam kelompok yang terlalu sedikit dan kira mereka tu ada pun macam tiada la… Saya agak pemalu (kottt) penakut (kotttt) ntah..! tapi selagi boleh saya tidak mahu berceramah dihadapan lelaki dewasa. Tapi, di PPWPP saya la satu2nya ustazah yang ada disini. Nak tak nak, suka tak suka apabila Tuan Timbalan meminta saya menyampaikan sesi tazkirah berkaitan “Kerja Adalah Ibadah”, saya akur akhirnya wp setelah beberapa bunga tepis dan ayat elak-mengelak saya keluarkan tidak berjaya. Ayat yang masih saya ingat, Tuan Timbalan bertanya kepada saya, “Ustazah dah islamkan berapa orang selama hidup ni?’ saya jawab “ish! mana ada tuan….” dan Tuan Timbalan terus kunci ayatnya…. “Haaa…. islamkanlah kami yang dah islam ni….! ” Aduh…! saya terdiam … nak angguk idak…nak geleng rasa ketat….
Tapi , peristiwa ini membuka lembaran baru buat saya. Walaupun orang lain mungkin rasa perkara ini terlalu remeh, tapi bukan untuk saya. Kalau sebelum ini saya hanya bercakap dihadapan pelajar, murid, kaum wanita sahaja, tapi kali ini saya mengorak langkah lagi untuk berkongsi ilmu dihadapan rakan-rakan sepejabat yang bukan calang-calang orangnya. Lebih2 lagi ada tuan timbalan dihadapan, saya rasa gigi nak patah kesemuanya bila bercakap…
Apa-apa pun syukur dengan pengalaman ini…. Pada saya, semuanya untuk mematangkan minda. Mudah-mudahan Allah Taala memberi saya kekuatan untuk terus berdakwah diruang yang kecil tempat saya berada. Kepada Tuan Timbalan, Terima Kasih… wp pada mulanya saya menerima tugasan yang diberi dalam keadaan keterpaksaan, tetapi pengalaman ini amat bererti kepada saya untuk menjadi insan yang lebih dewasa.
Terima Kasih Tuhan!
SELAMAT HARI LAHIR ANWAR HAKIM AHMAD ZAKUAN…
Anwar anak ke3 saya. Dilahirkan di Kluang pada waktu malam. Abang dan kakaknya dilahirkan dihospital kerajaan. Anwar dilahirkan di Klinik bersalin Tawakkal . Tempat bersalin yang agak santai dan saya suka suasan bersalin yang tidak mencemaskan. Bila saya mula rasa kesakitan melahirkan, doktor kata bukaan rahim saya baru 6 cm. Kalau di hospital kerajaan mereka tunggu hingga 10 cm. Tapi disini bila 6 cm doktor kata, “ok masuk bilik bersalin.” saya terpinga2….. bagus juga perasaan tu! tak janka langsung yang saya akan bersalin 5 minit selepas itu. Doktor pecahkan air mentuban dan bila sakit dia suruh teran. So, sakit sikit je saya pun teran la….! hahahaha….. amik ko! Zakuan dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin dan menemani saya dari awal proses kelahiran hinggalah tamat. Cuma dia je tak larat tunggu…hihihi… berat bahu memikul, berat lagi mata memandang… itulah realitinya seorang lelaki bila melihat isteri bersalin. Kali ni oleh kerana bersalin di klinik wasta (RM 800 lebih tuuuu) malam, selepas bersalin saya sudah boleh tidur nyenyak kerana baby dijaga olej jururawat bertugas. Kalau tidak….. malam tu juga la saya akan bersengkang mata melayan kerenah si comel ni untuk meyusukan, mendodoikan dan menyalin pampers. Terima kasih la En Zakuan, kerana mensupport saya up! sket kali ni… hihihihi… terima kasih daun keladi…
Anwar Hakim saya ni anak yang paling digemari dalam keluarga. Dia kepoh sikit. banyak tanya, nakal dan mampu bertanya soalan sepanjang Air Hitam ke Skudai tanpa henti. Mulutnya takkan berhenti berbunyi kecuali dia zzzzzzzz (tido!) mungkin masa saya mengandungkan dia saya banyak cakap sgt! maklumlah, waktu tengah aktif … masa ni saya hantar murid syarahan sampai kebangsaan. Dek kerana kekepohan Anwar ni dia digelar YB oleh abahnya. Dalam kepoh dia, ramai yang tak tahu sebenarnya dia semasa kecil tak bercakap langsung! Dalam umur 1-2tahun Anwar adalah anak yang tiada suara, Dia hanya bergerak dan bermain sendiri tanpa berkata apa2…. tek de la kalau main kereta tu bunyi ngenggggggg….. vrooommmmm ke…. main mainan ultraman dia bunyi lawan2 tu mcm budak2 biasa…. Nenek saya sampai tanya… “Anak kau ni bisu ke nan?” TAPI…. sekali dia pandai bercakap…..tu le jadinya….. tak sempat nak pelat…. dan dia akan bercakap dan terus bercakap….. huhuuhu… Anwar….Anwar…..
Sambutan MaulidurRasul di Pejabat….. wp banyak perbezaan dengan sambutan di sekolah, tetapi saya tetap bersyukur kerana dapat meraikannya pada tahun ini. Berkat kerjasama dan semangat kekitaan dengan sahabat-sahabat yang merindui Junjungan Mulia Rasulullah, dan dalam kesibukan semua dengan mandat dan amanah yang digalas, kami masih sempat merehatkan minda dengan santapan rohani pada hari terakhir Jumaat di Bulan Februari… Alhamdulillah!