Teori Interteks


Hari ini buat pertama kalinya saya memulakan langkah untuk mempelajari ilmu penulisan. Bukan penulisan karangan biasa, atau cerita-cerita biasa. Tetapi  penulisan yang mempunyai unsur-unsur sastera. Saya bertuah kerana ditemani Zakuan. Dia tidak pernah menghalang minat-minat saya. Dari dulu dan hinggalah pada waktu saya menyatakan hasrat untuk menulis, beliau adalah penyokong utama saya. Walaupun beliau tidak akan menulis, namun beliau mahu saya menulis. Hanya saya sahaja yang masih bermain tarik tali untuk terus menulis!

Apa yang saya faham mengenai kuliah hari ini ialah berkaitan dengan TEORI INTERTEKS. Teori ini mengajak penulis berfikir sebelum menulis dengan lebih jauh berkenaan konsep atau teks2 yang akan menjadi jalan ceritanya. Hal ini demikian kerana, setiap pembaca akan mentafsir karya kita berdasarkan MAKNA mereka tersendiri..

Teori Interteks yang diperkenalkan oleh Julia Kristera ni memberi satu kefahaman tentang:

“Any text is constructed as a mosaic and quatations. Any text is the absorbtion and transformation of a another. In other words, various LINKAGES exist between text or betweenn discourse events.”

Ini membawa maksud tidak mungkin ada manusi yang menghasilkan karya yang asli. Dalam sebuah cerita seharusnya mempunyai perkaitan dengan pelbagai cerita yang dirangkumkan dalam satu tajuk dan diolah dengan kemas mengikut jalan cerita yang dipilih. Ada juga yang mengatakan bahawa, apabila sebuah karya itu terhasil maka, penulisnya akan MATI. Maknanya, Penulis hanya menulis apa yang difikirkannya dan hasil karya yang akan dibaca oleh pembaca akan ditafsir dan dianalisis dalam pelbagai bentuk kefahaman dan adakalanya tidak  dimaksudkan oleh penulis itu sendiri.

Tulislah tentang apa sahaja dalam cerita yang dihajati dan apabila seorang penulis berjaya membawakan teks2 dari cerita2 agung seperti cerita tentang sejarah silam,  ulamak tersohor , kisah anbia`atau pun adunan cerita2 dongeng atau cerita rakyat,maknanya dia telah memberi banyak MAKNA kepada pembaca untuk mentafsirnya.

Walaupun input pertama ini saya rasakan terlalu berat untuk saya menaakulnya tetapi saya gembira kerana memperolehi satu pengalaman baru dalam hidup saya.  Terima Kasih Tuhan!

By hananhamzah Posted in diari

One comment on “Teori Interteks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s