Dulu…Bila Abah akan marah saya bila saya cakap perkataan negatif walaupun perkataan BORING… saya pelik, luahkan perasaan pun tak boleh ke???
Dulu… Bila abah belasah saya kerana tidak mahu mengaji dan solat… Saya akan katakan Abahlah orang paling kejam di dunia…
Dulu… Bila abah rampas surat yang diberikan oleh seorang lelaki hanya utk menjadikan saya adik angkat … saya anggap abah tidak sporting seperti ibu bapa orang lain…
Dulu… bila abah paksa saya untuk terus belajar dalam aliran agama untuk SPM…. saya rasa abah suka mengongkong hidup saya…
Dulu… bila Abah mahu simpan duit saya… saya anggap, abahlah orang paling kedekut di dunia..
Dulu… bila abah tengking saya kerana mahu mengisi borang ke Akademi Seni Kebangsaan…saya anggap abah memang tidak pernah memahami jiwa saya..
Dulu….bila Abah lepaskan saya pergi ke Jordan…. saya menyangka…. Abah memang tidak perlukan saya..
Kini…..
saya mengerti,
Marah, jerit, tengking, pukulan, sindiran dan semua yang Abah lakukan untuk kebaikan saya.
Kini saya fahami.
Saya tidak akan jadi seperti hari ini tanpa semua rencah kehidupan yang abah berikan kepada saya…
Dan selamanya…
Saya akan semat sentiasa kata-kata Abah yang sebenarnya pembakar semangat hidup saya hingga dewasa.
Walaupun saya marah dahulu..
Kini,
saya mengerti…. mengapakah Abah bertindak begitu..
Terima Kasih Abah!
Terima KAsih Tuhan…

sedihnya baca….. ingat ayoh aku weh..
dulu ayah aku pun mmg suka amik duit raya aku masuk T.Haji.. penat tau kita dok mengutip dari rumah ke rumah!!!