Hari Seorang Guru

Seorang guru itu ibarat pantai… mengasuh dan mendidik  anak didik yang datang silih berganti bak ombak yang menghemas dan membelah samudera. Dalam pada silih pergantian anak-anak didik yang datang dan pergi, pantai tetap setia di situ dengan gelaran keramatnya seorang GURU……

Ya Allah…

Rahmatilah semua anak didikku dimana jua mereka berada.

Permudahkanlah perjalanan ilmu mereka.

Ampunkan dosaku

Andai ada kekurangan dalam mendidik mereka.

By hananhamzah Posted in Kerjaya

hari ini dalam sejarah

First time berceramah dihadapan lelaki secara formal.  Sebelum ini, saya hanya berforum dan berucap hanya dihadapan pelajar dan kalau ada pun cikgu lelaki yang mendengar ceramah saya hanya dalam kelompok yang terlalu sedikit dan kira mereka tu ada pun macam tiada la… Saya agak pemalu (kottt) penakut (kotttt) ntah..! tapi selagi boleh saya tidak mahu berceramah dihadapan lelaki dewasa. Tapi, di PPWPP saya la satu2nya ustazah yang ada disini. Nak tak nak, suka tak suka apabila Tuan Timbalan meminta saya menyampaikan sesi tazkirah  berkaitan “Kerja Adalah Ibadah”, saya akur akhirnya wp setelah beberapa bunga tepis dan ayat  elak-mengelak  saya keluarkan tidak berjaya. Ayat yang masih saya ingat, Tuan Timbalan bertanya kepada saya, “Ustazah dah islamkan berapa orang selama hidup ni?’ saya jawab “ish! mana ada tuan….” dan Tuan Timbalan terus kunci ayatnya…. “Haaa…. islamkanlah kami yang dah islam ni….! ” Aduh…! saya terdiam … nak angguk idak…nak geleng rasa ketat….

Tapi , peristiwa ini membuka lembaran baru buat saya. Walaupun orang lain mungkin rasa perkara ini terlalu remeh, tapi bukan untuk saya. Kalau sebelum ini saya hanya bercakap dihadapan pelajar, murid, kaum wanita sahaja, tapi kali ini saya mengorak langkah lagi untuk berkongsi ilmu dihadapan rakan-rakan sepejabat yang bukan calang-calang orangnya. Lebih2 lagi ada tuan timbalan dihadapan, saya  rasa gigi nak patah kesemuanya bila bercakap…

Apa-apa pun syukur dengan pengalaman ini…. Pada saya, semuanya untuk mematangkan minda. Mudah-mudahan Allah Taala memberi saya kekuatan untuk terus berdakwah diruang yang kecil tempat saya berada. Kepada Tuan Timbalan, Terima Kasih… wp pada mulanya saya menerima tugasan yang diberi dalam keadaan keterpaksaan, tetapi pengalaman ini amat bererti kepada saya untuk menjadi insan yang lebih dewasa.

Terima Kasih Tuhan!

By hananhamzah Posted in Kerjaya

4 April 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANWAR HAKIM AHMAD ZAKUAN…

Anwar anak ke3 saya. Dilahirkan di Kluang pada waktu malam. Abang dan kakaknya dilahirkan dihospital kerajaan. Anwar dilahirkan di Klinik bersalin Tawakkal . Tempat bersalin yang agak santai dan saya suka suasan bersalin yang tidak mencemaskan.  Bila saya mula rasa kesakitan melahirkan, doktor kata bukaan rahim saya baru 6 cm. Kalau di hospital kerajaan mereka tunggu hingga 10 cm. Tapi disini bila 6 cm doktor kata, “ok masuk bilik bersalin.” saya terpinga2….. bagus juga perasaan tu! tak janka langsung yang saya akan bersalin 5 minit selepas itu. Doktor pecahkan air mentuban dan bila sakit dia suruh teran. So, sakit sikit je saya pun teran la….! hahahaha….. amik ko! Zakuan dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin dan menemani saya dari awal proses kelahiran hinggalah tamat. Cuma dia je tak larat tunggu…hihihi…  berat bahu memikul, berat lagi mata memandang… itulah realitinya seorang lelaki bila melihat isteri bersalin. Kali ni oleh kerana bersalin di klinik wasta (RM 800 lebih tuuuu) malam, selepas bersalin saya sudah boleh tidur nyenyak kerana baby dijaga olej jururawat bertugas. Kalau tidak….. malam tu juga la saya akan bersengkang mata melayan kerenah si comel ni untuk meyusukan, mendodoikan dan menyalin pampers.  Terima kasih la En Zakuan, kerana mensupport saya up! sket kali ni… hihihihi… terima kasih daun keladi…

Anwar Hakim saya ni anak yang paling digemari dalam keluarga. Dia kepoh sikit. banyak tanya, nakal dan mampu bertanya soalan sepanjang Air Hitam ke Skudai tanpa henti. Mulutnya takkan berhenti berbunyi kecuali  dia zzzzzzzz (tido!) mungkin masa saya mengandungkan dia saya banyak cakap sgt! maklumlah, waktu tengah aktif … masa ni saya hantar murid syarahan sampai kebangsaan.  Dek kerana kekepohan Anwar ni dia digelar YB oleh abahnya. Dalam kepoh dia, ramai yang tak tahu sebenarnya dia semasa kecil tak bercakap langsung! Dalam umur 1-2tahun Anwar adalah anak yang tiada suara, Dia hanya bergerak dan bermain sendiri tanpa berkata apa2…. tek de la kalau main kereta tu bunyi ngenggggggg….. vrooommmmm ke…. main mainan ultraman dia  bunyi lawan2 tu mcm budak2 biasa…. Nenek saya sampai tanya… “Anak kau ni bisu ke nan?” TAPI…. sekali dia pandai bercakap…..tu le jadinya….. tak sempat nak pelat…. dan dia akan bercakap dan terus bercakap….. huhuuhu… Anwar….Anwar…..

Dia tak pernah serius....