SELAMAT HARI LAHIR ANWAR HAKIM AHMAD ZAKUAN…

Anwar anak ke3 saya. Dilahirkan di Kluang pada waktu malam. Abang dan kakaknya dilahirkan dihospital kerajaan. Anwar dilahirkan di Klinik bersalin Tawakkal . Tempat bersalin yang agak santai dan saya suka suasan bersalin yang tidak mencemaskan.  Bila saya mula rasa kesakitan melahirkan, doktor kata bukaan rahim saya baru 6 cm. Kalau di hospital kerajaan mereka tunggu hingga 10 cm. Tapi disini bila 6 cm doktor kata, “ok masuk bilik bersalin.” saya terpinga2….. bagus juga perasaan tu! tak janka langsung yang saya akan bersalin 5 minit selepas itu. Doktor pecahkan air mentuban dan bila sakit dia suruh teran. So, sakit sikit je saya pun teran la….! hahahaha….. amik ko! Zakuan dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin dan menemani saya dari awal proses kelahiran hinggalah tamat. Cuma dia je tak larat tunggu…hihihi…  berat bahu memikul, berat lagi mata memandang… itulah realitinya seorang lelaki bila melihat isteri bersalin. Kali ni oleh kerana bersalin di klinik wasta (RM 800 lebih tuuuu) malam, selepas bersalin saya sudah boleh tidur nyenyak kerana baby dijaga olej jururawat bertugas. Kalau tidak….. malam tu juga la saya akan bersengkang mata melayan kerenah si comel ni untuk meyusukan, mendodoikan dan menyalin pampers.  Terima kasih la En Zakuan, kerana mensupport saya up! sket kali ni… hihihihi… terima kasih daun keladi…

Anwar Hakim saya ni anak yang paling digemari dalam keluarga. Dia kepoh sikit. banyak tanya, nakal dan mampu bertanya soalan sepanjang Air Hitam ke Skudai tanpa henti. Mulutnya takkan berhenti berbunyi kecuali  dia zzzzzzzz (tido!) mungkin masa saya mengandungkan dia saya banyak cakap sgt! maklumlah, waktu tengah aktif … masa ni saya hantar murid syarahan sampai kebangsaan.  Dek kerana kekepohan Anwar ni dia digelar YB oleh abahnya. Dalam kepoh dia, ramai yang tak tahu sebenarnya dia semasa kecil tak bercakap langsung! Dalam umur 1-2tahun Anwar adalah anak yang tiada suara, Dia hanya bergerak dan bermain sendiri tanpa berkata apa2…. tek de la kalau main kereta tu bunyi ngenggggggg….. vrooommmmm ke…. main mainan ultraman dia  bunyi lawan2 tu mcm budak2 biasa…. Nenek saya sampai tanya… “Anak kau ni bisu ke nan?” TAPI…. sekali dia pandai bercakap…..tu le jadinya….. tak sempat nak pelat…. dan dia akan bercakap dan terus bercakap….. huhuuhu… Anwar….Anwar…..

Dia tak pernah serius....

Advertisement