Terlalu banyak peristiwa yang mengundang sepanjang saya tidak menulis….Saya terlepas untuk menulis entri hari lahir Aufa pada 4 Julai, hari lahir saya sendiri pada 24 Julai , saat-saat saya mengetahui saya hamil lagi sehingga detik-detik Ramadhan bertamu. Dua perpisahan telah berlaku sepanjang Ramadhan ini… Kembalinya mak cik saya dan nenek saya serta peristiwa-peristiwa lain yang datang bertamu menjadikan saya lebih mengenali erti dewasa. Dewasa dalam erti kata melayari kehidupan yang lebih mencabar.

Saya dan keluarga juga baru saha berpisah dengan puteri tunggal keluarga suami. Jauharah terus mara dengan cita-citanya belayar ke US melanjutkan pelajaran peringkat PHD. Doa kami sentiasa mengiringinya.

KEmbara Ramadhan tahun ini, seperti sebelum ini, cuma oleh kerana kudrat dan tenaga saya agak terbatas lantaran kehamilan ini , saya lebih banyak beristirehat di rumah sahaja. Semarak malam Ramadhan di masjid dan surau hanya di jayakan oleh suami dan anak-anak sahaja. NAmun agenda laksa Johor, Lontong JOhor dan NAsi Arab telah tertunai jua! Seronok dapat menjamu keluarga dan masak untuk mereka. Baby kali ni agak suka memasak berbanding yang lain…. perempuan kot…! hahahaha… tapi nama yang sering disebut2 Adam! entah la… tapi nampaknya baby ni lebih cool dan steady wp awal kehamilan alahannya agak teruk. Apa-apa pun Adam Haziq ke… Asma` Habibah ke… apa juga jantina yang lahir saya ok je….! (hahahha siap dah letak nama tu… tak senonoh!)

Salam Ramadhan untuk semua dan semoga kita semua dalam limpahan Rahmat dan Kasih sayangNYA jua…..

Advertisement