Alhamdulillah… Akhirnya dapat juga kami sekeluarga berbuka puasa bersama-sama keluarga di Johor. Jika Awal Ramadhan saya sekeluarga dapat memulakan iftor kami di Skudai, Akhir Ramadhan pula hari berbuka kami di Ayer Hitam dan Kluang pula. Sememangnya aktiviti kekeluarga adalah agenda utama yang abah terapkan sejak saya kecil. Oleh sebab itu ukhuwwah keluarga akan bertambah erat dengan acara makan2! Apatah lagi bila di bulan puasa. Akhirnya hajat nyaie tercapai juga untuk berbuka puasa bersama-sama saya dan adik-adik. Abah dan mama juga turut serta pada 2 terakhir Ramadhan bersama-sama kami. Tajil dan Osman sahaja yang tiada. Osman masih belum dapat bercuti manakala Taj ada majlis berbuka puasa bersama keluarga mertua dirumahnya…. Alhamdulillah….Masing-masing dah pandai menyambung tradisi abah dan arwah mak.
MAlam terakhir Ramadhan Saya dan adik-adik rewang (bergotong – royong masak) di rumah abah n mama yang terletak diKluang. Jika tahun lepas semua adik beradik beraya di rumah mertua tapi tahun ini kami dah janji untuk berkumpul dirumah abah. Siap tetapkan warna tema baju raya yang susah dicari tu….! Paling susah nak cari saya la…. dah tak de size! almaklumla…. orang berbadan dua… ada kuning sikit2 pun jadi la… Tajul sekeluarga lagi selamba.. Warna hijau pucuk pisang dikatanya warna ala2 kekuningan! rabun warna apa!? Si bujang Osman n Fendi lagi buta warna bila pakai warna hitam… ishk3! tak ikut peraturan betul…. hehehehhe…. Tak pe la… tu peraturan dunia je…
Selalunya kebanyakkan keluarga malam raya baru meriah bersilat masak makanan untuk pagi raya. Tapi kami tidak…. Tengah puasa terakhir tu kami dah bersilat utk rebus ketupat, masak lodeh, rendang, daging kicap , sayur goreng n kuah kacang. MAkanan raya kami raikan pada waktu berbuka puasa… hehehhe…. so, lepas takbir je, kami dah boleh berehat dan lepak2 …. kemas rumah? tak perlu….. memang dah lama kemas…. tukar langsir? tak juga…. langsir lama elok lagi… so, malam raya kami fokus utk aktiviti2 santai je…. tapi ada gak yang baru nak cari samping dan tudung pada malam raya! sape la tu….
Alakullihal….. Raya adalah kejayaan kita setelah bermujahadah selama sebulan berpuasa….Apa yang lebih penting, penghayatan pada malam 1 Syawal perlu kita rebutkan fadhilat amalan yang mudah sesiapa pun lupakan…. MOga2 bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang… Miss U Ramadhan!











