AHMAD V

14 JANUARI (SABTU)

Pagi itu saya dan zakuan membahagikan tugas kami. Saya ke sekolah anas untuk menghadiri satu majlis “Cakna Waris” untuk ibu bapa calon UPSR di sekolahnya. Ibu bapa akan diberi penerangan berkaitan teknik menjawab soalan-soalan mata pelajaran UPSR. Saya kira ianya satu pendekatan yang baik. Bukan setakat calon sahaja yang tahu, malah ibu bapa pun ambil tahu apa yang dikehendaki setiap mata pelajaran anak-anak merek. Zakuan sedang berjuang untuk menyiapkan assignment statistik yang perlu dihantar pada hari ini. Bekerja sambil belajar sememangnya amat mencabar. Saya dan anak-anak hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk perjalanan ilmu Zakuan. 

Bertemu dengan rakan-rakan sekolah lama memang amat meyeronokkan. Saya pernah bernaung di Sekolah ini selama lima bulan sebelum dipinjamkan ke Pejabat Pelajaran Putrajaya. Khabar yang sering ditanya kepada saya ialah “Bila nak bersalin Nan?” Soalan yang tiada jawapan…  kebiasaannya saya bersalin 3 minggu lebih awal.Tarikh jangkaan saya bersalin ialah pada 28 Januari. Saya akan mengambil cuti 2 minggu lebih awal bermula 16 Januari ini. Saje… nak kemas barang-barang bayi mana yang patut… beg yang mahu dibawa ke hospital dah ada, cuma belum di edit . Kali ini kandungan saya sudah masuk 38 minggu masih belum nampak hasilnya. Bukan tak sabar nak melahirkan, cuma ada satu harapan yang mudah-mudahan Allah atur sebaiknya. Mesyuarat bersama Panitia P.Islam, Bahasa Arab, Penyelaras j-QAF, Penyelaras KAA dan guru-guru KKQ selesai  selama 4 hari berturut-turut saya adakan dipejabat. Alhamdulillah… Kini ada satu lagi agenda besar . Zakuan perlu menghadiri satu seminar berkaitan pengajian Masternya di Songkhla. Ia adalah merupakan antara syarat untuk projek masternya. Beliau bertindak sebagai ketua projek dalam membantu pensyarah yang amat dihormatinya.Satu keputusan telah dibuat, sekiranya saya tidak bersalin sebelum  tarikh ke Songkhla beliau akan membatalkan pemergiannya katanya risau sekiranya saya bersalin dalam tempoh 4 hari beliau disana. Apa-apa pun biarlah semuanya di atur oleh Allah Yang Esa. Mana laluan dan jalan terbaik saya serahkan sahaja kepadaNya malah dalam munajat saya, sekiranya kali ini zakuan tiada disisi untuk sama-sama pada waktu kelahiran saya redha memandangkan ini sahaja  peluang untuknya yang ada. Cuma saya belum suarakan kepadanya sahaja…biasalah.. tak sanggup.. tapi tak sampai hati… 

Petang Sabtu saya dan anak-anak mengikut Zakuan ke UKM untuk menghantar assaignment yang telah siap.Baliknya, ke kedai buku membeli belah buku-buku kegemaran masing-masing. Bila diberi peluang semuanya joli sakan! Ada dua benda yang kami tidak hadkan kepada anak-anak dan dua perkara ini juga yang diamalkan oleh ibu bapa kami, iaitu buku dan makan. Tapi ikut sempena juga la… Selepas penat berbelanja buku  malam itu kami habiskan masa menonton cerekarama. Cerita Mr Labuci! ok la… cerita yang tidak menghampakan. 

Selepas menonton Cerekarama saya tidak dapat melelapkan mata. Terkebil-kebil di dalam kegelapan. Boring saya berbaring saya tahajjud, sesudah bertahajjud saya melayari blog ke blog, diam tak diam .. jam menunjukkan angka 4.30 pagi. perut saya mula memulas… Zakuan di sebelah sedang enak dibuai mimpi.  Sakit perut itu berulang setiap sepuluh minit. ishk..! dah masuk angin la ni .. getus hati saya.. almaklum la… malam itu saya tidak menjamah sebarang nasi dan sehingga kini belum melelapkan mata. Sakit perut tersebut berulang selang sepuluh minit. Saya biarkan kesakitan itu selama satu jam, dan kini sakit itu datang selang lima minit! owh no…. ! saya yakin ini sakit hendak bersalin. Saya kejutkan zakuan  dan bagaikan orang yang mengigau, zakuan bangun untuk mandi dan kami bersedia utk solat subuh. 

15 Januari 2012

Subuh Ahad kami menuju ke Bangi. Hospital An-Nur menjadi pilihan. Teringat saya semasa belajar di Maktab  Perguruan Islam Bangi  (KPLI setahun), apabla saya terlihat hospital An-Nur dan Az-Zahrah terlintas di dalam hati saya, “Bestnya kalau dapat bersalin dekat hospital islam sebegini”. Hari ini hajat hati saya tertunai jua… Saya dan Zakuan sampai pada jam 6.40 pagi. . Syukur semua lampu isyarat yang kami tempuhi pagi itu semuanya berwarna hijau seakan memberi laluan khas kepada kelahiran ini. Sampai sahaja di hospital juga dalam keadaan yang baik kerana doktor tengah free. Jam 7.00 saya mula dibaringkan dan 7.30 saya selamat melahirkan anak saya yang ke-5. Tak sangka bersalin kali ini banyak tenaga yang Allah Taala kurniakan. Kebiasaannya selepas melahirkan saya hanya fikir untuk tidur sahaja. Tetapi kali ini saya risau kerana tidak merasa penat langsung!  Rasa macam tidak normal pula… Oleh kerana wad hospitak penuh , saya tinggal dalam dewan bersalin buat sementara waktu sambil terkebil-kebil lagi ! Mujur ayat2 suci al-Quran berkumandang di hospital ini. Sekurang-kurangnya mendengarnya menjadi terapi untuk saya yang  belum penat ini…

Saat-saat kelahiran…

Alhamdulillah… dapat lagi pengalaman bersalin. Lima kelahiran dengan lima ragam. Syukur… kali ni saya tak bising seperti melahirkan Aufa. Kelahiran kali ini memang cool… macam Ahmad Husam dalam perut.. Ya… nama dia Ahmad Husam….. Ahmad… adalah permintaan abah saya kerana belum ada cucu beliau yang bernama Ahmad. Husam sebab huruf “H” wakil nama saya. Nama yang jarang didengari..tapi sedap didengar..! Ahmad (yang terpuji) Husam (pedang yang memotong). Semoga Anak ini menjadi lelaki budiman yang berani! itulah yang Zakuan ucapkan semasa kami sepakat untuk nama ini.  

Selamat datang anakku ke alam dunia…..

Ragam Ahmad Husam
Terima Kasih Ya Rabb! 
Sayonara..