7 Petala Cinta

Hari ni sambil-sambil menyusukan Ahmad, buka la http://www.malaymoviesfull.net/2010/09/senarai-filem.html . klik cerita di atas. Tak ramai yang berani buat cerita-cerita macam ni di Malaysia, alasannya kurang mendapat sambutan. Tapi susah gak kalau tak de cerita-cerita mcm ni…asyik2 tgk erita hantu…cinta ngarut…hantu…dan hantu balik…

Skrip memang baik .wp menontonnya tak seseronok  baca novel . Menonton filem kita akan tonton jalan cerita yg  ringkas. Nak berjela buat drama atau  tele movie lee..  Awal2 dah syok tengok cerita ni minat saya dimatikan dengan suara heroinnya…alamak….kok halus bebenor suaranya, lunak le sikit mcm suara maya karin ke, Vanida Imran ke…mcm tak sesuai jek kat telinga ni. Tapi telinga saya je la… cara pakai niqab pun satu.. hehehe..banyak songeh betul puan Hanan ni… dan terakhir masa nikah… hahahaha… awat saya gelak???  ye la.. dah tentu minah tu pakai tudung labuh litup, ( bukan mcm aku la kan…) kok mase nikahnya seksi…! hingga nampak susuk dada dan noqabnya terjuntai2….haiyyaaa… Lagi satu cara sebut nama tak fasih spt semasa menyebut nama   Saidah Nafisah, Nama jejaka  hero ke 2 Attar (maksud haruman) tak tepat sebutannya. Depa digambarkan berada dalam sebuah madrasah kan… so, sebutan nama2 arab tu mesti  yang beneeer .. Lagi satu, (berapa banyak satu daa) yang nak ber assalamaualaikum cinta dan ber Assalamualaikum rindu tu apesal… hihihi jadi meluat plak! ampun ekk… sape yg  marah ngan statement ni.. saya cuma nonton kok!

Apa2 pun satu usaha yg ok… Suasana madrasah yang harmoni dengan selawat2 yg merdu, tu yg paling menusuk!  Kita masih belum jadi seperti Iran yg mana pelakonnya bertudung dan tidak bersentuhan tetapi moral ceritanya masuk hati… Moga dgn adanya chanel Al Hijrah (tagline: disini segalanya bermula)  bakal memberi satu dimensi baru kepada  dunia penyiaran di Malaysia

##p/s: Lepas SPM dulu nak isi borang Akademi Seni Kebangsaan tak dapat… (abah marah sbb aku anak ustaz) borang UPU mak isikn… tu yg kempunan tak sudah.. ! Tapi berkat ikut cakap mak.. jadi gak Hanan ni cikgu yg macam2 bole jadi…! Terima Kasih Tuhan..

Novel Cuti Bersalin 2

Novel diperkenalkan oleh adindaku Nafisah. Best bangettt!!!  Novel kasih sayang  yg islamik dan natural jalan ceritanya. Akan membuat pembaca yg dah kahwin nak bercinta semula dan yg belum berkahwin lagiii laaaa msti nak jd mcm Hilman Yong dan Intan Zulaikha!  Tebal gila novelnya… boleh buat bantal lepas membacanya! Beli…jangan tak beli… Hanan yang malas membaca pun berjaya membacanya apa lagi yg memang suka membaca….

Novel cuti bersalin 1

Novel cuti bersalin 1

Cerita konflik perhubungan yg tangkap leleh…

Dah lama tak membaca novel.  Novel ni memang membuat saya asyik srok srek srok srek …! sanggup tak tidur sbb geram, sedih dan nak tau gak apa penyudahnya.  Dahsyat betul le penulis ni menulis… saya seakan menonton sinetron.  Lepas baca je masih teringat2 jalan ceritanya… Hebat penangannya! Baca lee….

InsyaAllah… Ada jalannya…

InsyaAllah.. ada jalannya… begitulah antara bait lagu yang didendangkan oleh penyanyi terkenal masa kini Maher Zain. Saya merasakan lagu itu cukup sifatnya sebagai wahana muhasabah jiwa insan. Lagu ini adalah lagu yang  paling saya gemari kerana ianya mengingatkan saya pada jalan cerita kehidupan saya. Pertama kali mendengarnya dalam versi Bahasa Inggeris saya sudah mula tersentuh dengan adunan liriknya wp saya tidak faham secara khusus, dan dengan adanya versi berbahasa melayu ini saya amat menghargainya kerana saya akan menjadikan lagu ini tema Hari Seorang Hanan….