Kerjaya

Hari yang berlalu..


Pengalaman adalah guru terbaik setiap insan. Itulah frasa yang menjadi azimat untuk saya terus mengorak langkah selagi hayat dikandung badan. Melaksanakan amanah sebaik mungkin, belajar dan terus belajar menjadikan kita sentiasa berfikir betapa luas ilmu Allah untuk kita terokai.

Saya jangka saya akan menjadi guru hingga akhir hayat… oleh kerana ibu bapa dan moyang sayang semuanya guru malah ibu dan bapa mentua saya juga guru! menjadikan saya tidak pernah terfikir untuk berada dilokasi lain kerjaya saya. Cita-cita utama saya untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak  juga hampir terkubur ( tapi masih belum dalam lubang kuburnya..) Saya seronok  menjadi guru. Saya seronok dengan cabaran yang dilalui.  Walaupun rutin seorang guru  tidak banyak yang berubah dari segi jawatan yang disandang dan buku rujukan serta kaedah pnp yang menjadikan kita boleh mengajar sebelah mata sahaja jika 10tahun mengadap benda yang sama namun, kerenah dan cabaran  pelajar yang merupakan pelanggan sebuah sekolah tetap memberikan  seribu satu debaran dalam dunia perguruan.

SMKDM 2002-2007

Saya pernah mengajar kelas ke 10 (5J) tingkatan 5 yang merupakan kelas pelajar-pelajar perabot (MPV) yang merupakan otai2 sekolah segalanya terhimpun disitu…  kenangan mengajar mereka memang lain daripada yang lain! setiap kali ingin mengajar, saya akan memastikan  pengajaran saya ringkas dan mudah. Saya perlu membuat rujukan dan mengumpulkan soalan2 SPM yang mereka boleh jawab hanya menggunakan pendapat mereka. “Fail suap” pun saya sediakan… hahahha … fail yang saya belikan dan himpunkan nota2 ringkas dan soalan2 KBKK setiap tajuk yang akan mereka pelajari. Setiap kali habis satu tajuk saya akan memberikan soalan KBKK yang saya sendiri berikan jawapannya. haaa…. macam tu sekali mengajar anak2 kelas ke 10 ni.. memang bukan setakat disuap sahaja pelajarnya… malah, ibarat lepas makan pun pinggannya dibasuhkan… Tapi Alhamdulillah…. mereka seronok dengan fail mereka yang kemas dan memudahkan mereka membuat rujukan jika berhadapan dengan ujian. Saya maklum, jika mereka memiliki buku nota tulisan mereka, sudah tentu mereka menjadi hilang selera untuk membuat rujukan . Sebab itu nota mereka sata perlu taipkan dengan nota yang ditapis seringkas mungkin dan mereka hanya diajar untuk menggariskan sahaja maklumat penting dan selebihnya saya hanya  bebaskan mereka untuk bercakap apa sahaja berkaitan dengan tajuk. Anak2 kelas J ni memang banyak cakap dan sebenarnya jika kita terus membiarkan mereka  bercakap wp banyak yang salah dari yang betul,mereka menjadi lebih yakin untuk menulis jawapan dan pendapat mereka dalam peperiksaan.

Rakan2 SMKDM

Pengalaman sebagai guru disiplin dan pengawas di SMK  Datuk Menteri  juga amat membantu saya kerana, latar belakang pelajar yang separuh cina dan melayu dengan lingkungan pekan yang sedang membangun menjadikan pelajarnya sarat dengan karakter yang rencam bawaannya . Malah kepimpinan pengetua cemerlang Pn Eva Abdullah juga amat memberi kesan kepada cara saya bekerja kerana slogan “high culture performance”  diSMKDM sentiasa tersemat dijiwa kami sebagai warga SMKDM. Penghijrahan saya ke  SMK Taman Universiti tidak  sukar cabarannya kerana kesukaran itu  saya telah lalui di Datuk Menteri.

Terima Kasih Datuk Menteri!

Pn Eva, Pengetua Kanan Cemerlang

Di SMK  Taman University saya memperolehi pengalaman bersama dengan  adik beradik badan dakwah yang aktif dalam menganjurkan aktiviti keagamaan diperingkat sekolah.  Aktif bukan setakat menghantar pelajar mewakili JB untuk acara-acara yang dianjurkan KPM, tetapi aktif dalam membina insan kamil dengan menyuntik iklim dini  yang mungkin jarang terdapat disekolah harian biasa . Disini  saya belajar akan nilai kebersamaan dalam setiap pelaksanaan mengembangkan syiar islam dan, disinilah saya belajar akan erti sebuah pengorbanan dalam  perjuangan . Cabaran membentuk iklim dini di sebuah sekolah pinggir bandar bukan sesuatu yang mudah dan Alhamdulillah bermula dari tunjang kepimpinan yang menyokong, mudah-mudahan usaha mereka yang saya tinggalkan kini akan berhasil suatu hari nanti.

Adik beradik GPI (SMKTUN)

Di SMKTUN  juga saya mula mengajar bahasa arab yang merupakan subjek major saya di Universiti dan maktab. Akhirnya saya dapat juga mengajar bahasa arab dan pengalaman mengajar pelajar-pelajar KAA amat membantu saya untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam bidang perguruan ini. Rupa-rupanya bukan mudah untuk mengekalkan minat pelajar untuk mencintai bahasa syurga ini, dan saya memang tidak menang tangan jika melakukannya bersendirian. Sukaneka berantai, pertandingan lakonan Si tanggang versi arab, explorace bahasa arab , kuiz suka2  Bahasa Syurga, khat siapa paling cantik dan pertandingan reka cipta bahan belajar , tasmik vocab pelajar serta latihan berkomunikasi  bersama menjadikan saya guru yang paling bertuah kerana  dapat bersama dengan batch pertama  KAA  SMK Taman Universiti!

Terima Kasih SMKTUN!

KAA 2009

Tempat isteri disisi suami, begitulah pepatah yang selalu kedengaran… Hijrah ke Putrajaya menempatkan saya mengajar di sebuah sekolah kebangsaan. Pengalaman baru lagi!  Mengajar kanak-kanak tahun satu, mengajar mereka mengenal alif, ba ,ta dan solat lima waktu cukup membuatkan saya  rasa tercabar dengan apa yang saya pelajari selama ini. Bukan tercabar keranan rasa tidak mencabar kerana mengajar kanak-kanak, tetapi tercabar kerana, barisan ustaz ustazahlah orang yang bertanggungjawab memandaikan anak-anak orang islam kita mengaji dan solat lima waktu.Saya dapat rasai kini apa yang dilalui oleh guru-guru sekolah randah dan guru-guru sekolah menengah. Kedua-duanya ada cabaran tersendiri dan yang paling penting, guru tidak jemu dan terus bersabar dalam mendidik. Disini tidak banyak bezanya dengan SMK Taman U. Saya masih mengajar bahasa arab dan pendidikan islam. Kelainan hanya pada murid yang lebih cilik dan memerlukan perhatian lebih. Hati mereka sangat suci… Bayangkan  sahaja,  mereka boleh menegur guru dengan panggilan manja mereka menyapa kita wp semalam kita telah menegur dan memarahi mereka di dalam kelas.

ujibakat Nasyid SKPP9(2)

Di SK Putrajaya Presint 9(2), saya dipertemukan dengan rakan2 yang ceria belaka! Disini saya merasai nikmat masa yang terluang! hahahha…. al-maklum la… di sekolah Menengah dengan mandat kelas peperiksaan dan jawatan KP  serta latihan nasyid dan syarahan sepanjang tahun masa saya cukup terisi penuh pagi mengajar dan petang berlatih, malam kemas kini fail dan urusan pnp. Saya berpindah dari JB ke Putrajaya  pada bulan Jun, kebanyakan aktiviti besar telah dilaksanakan. makanya saya hanya fokus utk Pnp sahaja. Waahhh….  tiada analisis item, tiada audit akademik PMR n SPM, tiada laporan post mortem, tidak menjadi pengawas  peperiksaan SPM dan tidak terlibat dalam penandaan SPM. Semuanya tingal kenangan… Masa terluang disini  saya gunakan sebaiknya dan saya hayati hari-hari yang saya nikmati ini sepenuhnya dengan menulis novel simpanan saya Aku Budak Nasyid, merancang bahan bantu utk KSSR tahun satu bahasa arab dan masih sempat juga saya membuat uji bakat nasyid di SKPP 9(2) utk pelapis 2011 dan melatih satu slot sketsa bahasa arab untuk majlis penutup Kem Bestari Solat. Kalau dahulu nak buat latihan berhadapan dengan cabaran kelas peperiksaan… kini , di SK saya boleh  gunakan masa saya tanpa had untuk terus berkarya! Best3!  dan masa ni la teringat nasyid Raihan (Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara). Walaupun hanya lebih kurang 5 bulan saya di SKPP 9(2), saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai kehidupan sebagai ustazah disini.

Terima Kasih SKPP 9(2)

 

SK Putrajaya Presint 9(2) 6/2010-12/2010

Kini, saya perlu menggalas jawatan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran di Pejabat Pelajaran Putrajaya. Saya di amanahkan menguruskan kurikulum  Pendidikan Islam SK dan SM  serta j-Qaf. Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberikan saya kekuatan dalam melaksanakan tugasan ini. Syukur dengan pengalaman yang di lalui… dan syukur kepadaNYA dikurniakan  suami , keluarga dan anak-anak yang amat memahami… Semoga usaha saya yang sedikit ini di terima Allah sebagai amal yang akan memberati mizan kebajikan.      Terima Kasih Tuhan!

 

Masa terus berlalu...
Advertisements

3 thoughts on “Hari yang berlalu..

  1. Kak hanan..sekejap jek kita bersama..namun jangan hentikan persahabatan kita, walaupun sekejap cuma..yg penting gambo aida ada dlm blog akak…huhuhuhu

  2. seronok baca cerita hanan nih…macam sejarah lah pulak….syabas hanan!teruskan berkarya sahabat ku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s