Kerjaya

Dunia syarahan…


Image

Saya dengan dunia syarahan seakan bersatu…  semenjak dibangku sekolah lagi Saya mewakili sekolah dalam acara ini. Malah wp sudah bekerja di jabatan Saya masih obses dlm acara ini.

Banyak pentarbiahan yg Saya belajar dari dunia ini. Dulu syarahan dlm bentuk undian 4 tajuk yg wajib dihafal. Sekarang syarahan spontan.

Dunia syarahan mengajar saya pelbagai erti hidup. Di dalamnya saya mengenali ramai watak insan yg bernama anak didik.

Dunia syarahan bakal saya tinggalkan jua selepas ini. Dunia baru bakal menyusul. Apa apa pun selagi hidup belum sudah, hadaf mardhatillah jangan dilupa.

Tahniah Haifa kerana mendapat tempat ke tiga. Markah seri dengan tempat kedua dan kurang satu markah sahaja dengan johan adalah pencapaian yang amat disyukuri oleh kami warga Putrajaya . Ustazah doakan kecemerlangan sentiasa mengiringimu. Semoga menjadi wanita yang cemerlang di dunia dan diakhirat kelak.

TIPS SYARAHAN AGAMA SPONTAN MTQSS

1) Mulakan dengan salam…

Wp di peringkat kebangsaan masih ada peserta yang tidak mulakan syarahan dengan kalimah assalamualaikum wbt.

2) Kalimah Toyyibah yang berupa selawat dan pujian terhadap Rasulul amin.

3) Alu-aluan kpd hakim dan penonton

4)Sebut Tajuk, Beri mafhum frasa.

5)3 Fakta utama 6 isi sebagai huraian pelengkap rasa :

– Hujah / fakta

– Huraian Hujah / fakta

– Huraian Contoh yang berkaitan dengan hujah / fakta :

( conth zaman Rasulullah, para sahabat, Tabi’ dan tabi’ tbiin)

-Huraian contoh isu semasa:

boleh di datangkan dalam bentuk isu semasa yang positif (seelok2nya) atau aklumat terkini perkembangan Malaysia.

– Dalil al-quran atau hadith

mesti ada sumber yang tepat (ayat dan surat), dimulakan dengan taauwwuz & terjemahan ayat.

jika hadith, mestia ada sumber hadith yang sohih.

– Pengikat fakta yang berbalik kepada tajuk syarahan.

4) Isi terakhir memadai

– fakta / hujah ,

-Huraian Hujah,

-Contoh / isu semasa /dalil

– Ikat fakta yang berbalik kpd tajuk syarahan.

***Markah bonus selalunya akan diberikan  jika:

-ketiga-tiga isi  cukup syarat yg enam

-Isi lebih 3.

=============

Penyampaian:

1)Markah penyampaian selain mengikut tertib buka syarahan  (yang telah disenaraikan sebelum isi 1-4),  penutup dan salam terahir menjadi pelengkap kepada sebuah persembahan syarahan.

2) Nada / Intonasi syarahan pilihan hakim setakat ini ialah syarahan yang disampaikan dengan tenang  dan natural. Ia juga memudahkan hakim menangkap isi syarahan yang disampaikan.

3) Masa yang ditetapkan untuk syarahan spontan ialah;

– 2 minit mencari isi

– 5 minit penyampaian syarahan.

+++++++++++++

Nama pun syarahan spontan …. inilah idea yang terbaik yang keluar dari hati anak ini semasa pertandingan untuk meraikan segala teknik yang disenaraikan di atas.

Selamat mencuba!!!

 

Advertisements

One thought on “Dunia syarahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s