Uncategorized

Sehati sejiwa 2015


image

Lebih 10 tahun kami tidak bergandingan sebagai pengacara majlis. Kali ini Zakuan mengajak saya bersama-sama  beliau bergandingan. 2004 kami mengacarakan majlis penutupan Tilawah Al-Quran sekolah-sekolah peringkat negeri Johor.  Zakuan mengacarakan  dalam bahasa Arab , manakala saya dlm bahasa melayu.

Bidang pengacaraan mengajar kami menjadi guru dan pendidik yang lebih kehadapan. Ia bukan sekadar membaca teks dan bercakap semata-mata. Tetapi membentuk jati diri kita menjadi insan yang lebih bersedia, sentiasa peka kepada keadaan sekeliling dan terbuka menerima sebarang perubahan pada saat-saat akhir dan dari semasa ke semasa.
Di sekolah, sarat dengan majlis-majlis yang pelbagai  kebanyakannya saya pernah mengacarakan dari skolah di Batu Pahat, Johor Bahru hinggalah semasa bekerja di Jabatan Pelajaran Putrajaya. Dari majlis anugerah kecemerlangannya, sukan tahunan, sambutan Maulid Rasul sehinggalah jamuan sekolah dan program antara sekolah-sekolah peringkat daerah dan negeri.
Syukur dengan pengalaman yang diperoleh.  Sehingga dengannya saya dapat mengikis rasa takut kerana saya asalnya seorang yang penakut!😆

image

Pakaian beragam anak2  PERWAKILAN 

image

         Keluarga besar Kedutaan Besar
            Malaysia Kaherah  2015.

image

             Si comel di hari Merdeka

image

      Keluarga saya sehati sejiwa 2015
         Anugerah khas keluarga
                    ( tempat ke2)

image

              Anwar  dengan sajaknya
                    (Johan)

image

                Aufa Johan mewarna logo
                      Sehati sejiwa

image

‘Abir, kedua melukis logo Sehati sejiwa

Mungkin ini pengalaman terakhir kami menyambut sambutan hari kemerdekaan di Mesir. Tahun hadapan kami akan meraikannya di Malaysia. Terima ya Allah atas pengalaman yang Kau berikan kepada kami… sesungguhnya, pengalaman di bumi kinanah ini tiada galang gantinya.  Alhamdulillah…

image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s