Travelog egypt · Uncategorized

Rehlah Family Al-HamRa ke Mesir


2016 adalah tahun bertuah bagi kami sekeluarga kerana pada tahun ini kami dikunjungi keluarga dari Malaysia. Seronok tak terkata!. Anak-anak menghitung hari sahaja bila atok , wan dan pak cik makcik serta sepupu-sepupu nak datang… Persediaan menyambut mereka datang macam nak buat kenduri kahwin… maklumlah…bukan setiap tahun pun!.. ye tak??  Inilah antara kenangan manis semasa dirantauan yang akan menjadi ingatan.

12 March 2016

Ketibaan yang ditunggu akhirnya membuahkan realiti apabila semua kelibat dan susuk wajah yang dirindu keluar dari balai ketibaan Cairo Internasional Airport. Macam mimpi pun ada!. Alhamdulillah selamat tiba….

Selepas makan-makan.. dan sebelum tiba dirumah posing dulu depan Sungai Nil tanda dah tiba Mesir. Semua dah penat sebenarnya.Maklumlah transit di Kuwait dgn ragam anak-anak yang mencabar jiwa dan raga di dalam kapal terbang cukup menjadikan perjalanan ini pelbagai ragam . Walaupun begitu, semuanya  tetap menjadi kenangan.

13 March 2016

20160313_09081320160313_091202

Haaaa…. tu diaaa..! Hari kedua saya membawa keluarga ke Kedutaan sebentar sebelum jaulah Maqam bersama Ustaz Fateh. Sempat juga tu posing dalam pejabat Zakuan, tempat mencari rezeki demi kelangsungan hidup..ewah!

Perjalanan kami diteruskan dengan zirah maqam-maqam sekitar Kaherah. Mengambil istinbat dan menyusur sirah para wali dan ulamak di sini. Kami menzirahi maqam Imam Syafie, Ziarah masjid Amru yang merupakan masjid tertua di Mesir , Masjid As-Sakandari, Saidah Zainab dan Nafisah dan beberapa masjid dan maqam lain. Semua kisah Ustaz Fateh ceritakan dengan penuh terperinci , jelas membuktikan betapa Mesir satu ketika dahulu bukan calang-calang tamadun dunia. Apabila disoroti amalan ulamak-ulamak yang diziarahi menjadikan diri kita terlalu kerdil disisi Allah yang maha esa. Apa sahaja sumbangan kami Ya Allah, kalau dibandingkan dengan amalan mereka yang taat beribadah dan gigih dalam dakwahmu. Saya segan sendiri …. Sudahlah amalan tak seberapa… demand macam-macam pula tentang kesempurnaan dunia yang belum tentu memberi manfaat di alam sana. Malu…!

Destinasi seterusnya ialah Dewan Malaysia Abbasiyah (DMAK) tempat anak-anak saya mencari halaman dan mereka anggap  kampung mereka. Makan tengahari dan solat zohor sebelum meneruskan penerokaan Cairo seterusnya iaitu disebuah kawasan kota lama yang masih meriah terletak di Muezz Street. Senibina lama yang masih utuh dan dikomersilkan menjadi muzium dan tempat-tempat perniagaan serta pusat pengajian. Kawasan ini adalah antara kawasan kegemaran pelancong. lorong disepanjang Muezz Street ini mampu menjadikan kita terimbau  di zaman lampau.

14 Mac 2016

Hari ke tiga adalah hari membeli belah. Sebelum berehlah panjang lagi.. baik beli apa yang patut. Kawasan sasaran ialah Hussin. Disinilah segala tok nenek cenderahati boleh dibeli. Cenderahati biasa yang dicari bila sampai sahaja di Mesir  selain magnet peti sejuk dan key chain pastinya kertas papyrus yang ditulis dengan khat yang cantik. Ada yang biasa dan ada juga yang bercahaya tulisannya apabila ditempat gelap. T.shirt tulisan arab juga menjadi tumpuan adik-adik  dengan harga hanya 15 geneh sahaja . Ridak atau  mafla besar untuk lelaki juga semakin kedalam kami pergi semakin murah harganya. daripada 70 geneh di kedai-kedai bahagian hadapan tinggal 30 geneh sahaja di kedai yang lebih dalam. mahu dan tidak mahu sahaja menapaknya!. Stokin Mesir juga begitu…. kedai terakhir harganya semakin murah walaupun kedai pertama sudah agak murah pada kiraan kami. Itu belum lagi jubah cotton yang dijual dengan harga serendah 25 geneh pun dah meriah coraknya. Mana nak dapat?? Itu yang menjadikan adik-adik saya nekad meredah kesesakan manusia . YAng menolak stroller pun gigih menolaknya tanpa mengira lopak dan lecak. Itu belum lagi adengan kena halau dengan pak arab sebab lepak depan kedai dia terlalu lama… huhuhu… Saya pun tak sangka kali ini saya boleh berjalan hingga ke penghujung jalan lorong dari Hussin ke Mosky Street ini. Sebenarnya ini baru kali kedua saya berjalan hingga kehujung jalan. Adik-adik punya pasal…. !  Sampai sahaja dirumah masing-masing membentang hasil  belian hari ini.. rumah pun dah macam pasar malam jadinya.

15 Mac 2016

Tak sah ke Mesir kalau tidak ke Piramid. Hari ini kami ke Piramid. Saya dan keluarga pun pertama kali kesini walauapun dah masuk tahun ketiga di Mesir. Nak kata tak sempat macam tak logik! Mungkin Allah tangguhkan untuk pergi bersama-sama adik-adik. Di Piramid macam-macam posing keluar!! al-maklumlah 7 benda ajaib dunia… posing pun pelik-pelik la gamaknya… Selepas ke Piramid gagah lagi tu ke Kardasah. Kawasan jubah cotton semata-mata. Memang rambang la biji mata … ada fulusss semuaaa lulusss! Oleh kerana teruja sangat dan rambang mata hitam kami… satu habuk gambar pun tarakk. yang ada posing-posing piramid je…hihihii…

 

oklah… untuk tidak memanjangkan kalam… saya kongsi video perjalanan kami sekeluarga disini… bukan setakat ke piramid sahaja kami rentasi… ada lagi 3 destinasi menarik telah kami terokai. Semuanya nikmat Allah yang beri. Nikmat sihat tubuh badan, nikmat kasih sayang, nikmat kecukupan masa dan nikmat rezeki yang melimpah ruah semuanya datang dariNya. Semoga pengalaman ini menjadikan kami hamba Allah yang lebih bersyukur. Amiinnn…..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s