Travelog egypt

Ramadhan Kareem 1437


Tahun ketiga saya dan keluarga menyambut Ramadhan di rantau orang. Suasana yang akan kami ingati bila pulang ke tanahair nanti. Walaupun tanpa kemeriahan bazaar Ramadhan, tanpa expo raya dan iklan-iklan kuih raya …hati tetap kebal! hehehehehe…. kejap je… bila dah balik Malaysia, sampai mati nanti puasa dan beraya di tanah air tercinta!.  Itu semua ayat penyejuk hati je….tak gitu?

ramadhan kareem 2

Berpuasa di Mesir ada sedikit kelainan berbanding Malaysia. Orang Mesir sebelum puasa dah sibuk cat rumah, tukar perabot, pasang langsir baru dan kemas rumah. Bagi mereka, meyambut Ramadhan adalah lebih utama dari aidilfitri. Kita ?? hehehehe… Masa puasa tu la baru sibuk nak tukar itu…ini…sanggup bersengkang mata jahit langsir. Buat kuih lain…tempah kuih lain…Dan yang menulis ni pun apa kurangnya dahulu!

Antara aktiviti yang selalu diraikan semasa Ramadhan di sini ialah program Shantoh Ramadhan. Aktiviti ini selalu dikaitkan dengan pemberian berupa barang-barang dapur keperluan untuk memasak seperti beras, tepung, minyak, gula dan lain-lain lagi. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) biasanya akan mengagihkan beg-beg yang dipenuhi dengan keperluan dapur kepada pekerja-pekerja tempatan yang berkhidmat di kedutaan. Masyarakat Mesir yang berpendapatan tinggi, pada bulan yang mulia ini semuanya berlumba-lumba bersedekah mengagihkan Shantoh Ramadhan masing-masing kepada individu yang memerlukan. Kita, di Malaysia pun tidak kurang hebatnya amalan bersedekah ini. Apa yang paling penting, semoga sedekah kita pada bulan yang mulia ini menjadi pemangkin untuk kita terus bersedekah pada bulan-bulan seterusnya.

Budaya memberi minuman secara percuma  juga galak diadakan dikebanyakan tempat di Mesir dan pihak KBMK juga tidak ketinggalan menyertainya. Selepas waktu pejabat, jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pihak KBMK akan mengedarkan air percuma berperisa kepada sesiapa yang lalu di hadapan Kedutaan. Sememangnya pada hari-hari yang lain di sesetengah tempat di Mesir akan ada tempat air wakaf untuk sesiapa yang lalu lalang untuk mereka menghilangkan dahaga . Budaya ini sememmangnya menarik perhatian saya kerana ia umpama satu amalan kebajikan yang sangat mulia walaupun usahanya nampak kecil sahaja.

Satu lagi budaya masyarakat Mesir ialah mengadakan Maidaturrahman iaitu memberi makan secara percuma di mana-mana sahaja. Khemah akan dipasang dikawasan-kawasan tertentu dan sesiapa sahaja dipelawa untuk makan juadah yang ada hasil sedekah individu tertentu. Kita akan dijamu makan bukan sekdarnya, malah makanannya amat mewah!. Bila melihat kita warga asing yang singgah makan, semakin kita diraikan.  Bukan hanya orang yang kaya sahaja bersedekah, malah orang biasa-biasa juga tidak ketinggalan berebut sama  memberi makan kepada orang ramai. MasyaAllah…. Tabarakallah…. Di Malaysia , kita akan menikmati Maidaturrahman di masjid-masjid sahaja… Bayangkan…., Bazaar-bazaar Ramadhan yang ada dinegara kita semuanya memberi makanan free kepada pengunjung yang datang? hehehehe….. ada berani? bayangkan je laaa…. huhuhuhu….

Fanoos juga sudah meriah dinyalakan dari awal puasa. Ia memang amat sinonim dengan bulan penuh barakah ini. Amalan memasang fanoos ini berasal pada zaman Khalifah Fatimiah. Khalifah Al Muizz Ledeenillah telah disambut oleh masyarakat Egypt  semasa tiba di Egypt pada bulan Ramadhan dengan rakyatnya memegang fanoos sepanjang jalan menyambut ketibaan pemimpin mereka.

Sempena Ramadhan 1437 , Saya memohon ampun dan maaf kepada antum semua. Maaf zahir dan batin. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan impak yang lebih baik kepada semua kita dalam memperbaiki kualiti ibadah yang kita lakukan selama ini.

ramadhan kareem

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s