cerita keluarga

Pesan abah2ku


 

Salam 2 Ramadan buat semua pembaca. Hari ini saya ingin memperkenalkan dua insan hebat yang merupakan antara tulang belakang saya dan suami selepas Allah, Rasul dan emak. Mereka adalah insan yang tidak jemu melentur akhlak dan jiwa kami sejak kecil lagi. Tarbiah mereka adakala menyentap minda . Bunyinya kasar tapi berbau hikmah . Walaupun kami pernah dilentur dengan kekerasan , tapi kekerasan itulah yang menyedarkan kami dan mengiringi hari-hari matang kami. Ini adalah antara pesanan abah kami  dan pada saya,  ianya amat menyentuh hati. Pesanan yang penuh perasaan dan harapan ikhlas untuk anak cucu. Terima kasih Abah2ku.. Syurgalah tempatmu nanti … Amiinn… ya rabbal a`lamin….

Pesanan  WhatsApp 1 RAMADAN 1437

[01:30, 6/6/2016] Aabah Zakuan: شكور الحمد لله.
Skrg kita dah mula puasa Ramadhan 1437h.
Abah ambil peluang yg kesekian kalinya utk mengingat/menyuruh siapa saja yg menjadi Family AZRI (Azizah+Khudzari), bacalah AlQuran.
[01:33, 6/6/2016] Aabah Zakuan: khatamkan dalam Ramadhan sebanyak kali yg boleh.
[01:36, 6/6/2016] Aabah Zakuan: (mungkin ini Ramadhan terakhir abah) itu yg ambil peluang ini untuk jadi pegangan keturunan AZRI.
[01:39, 6/6/2016] Aabah Zakuan: abah iringkan doa utk kamu semua tanpa pilih kasih.

Pesanan WhatsApp 2 RAMADAN 1437

Abah post satu video dalam group whatsapp kami sekeluarga cerita berkaitan seorang anak yang membawa ayahnya yang stroke ke sebuah kedai makan. Cara dia melayan ayahnya yang uzur memberi kesan, menyentuh hati dan menarik perhatian pengunjung yang berada dikedai makan itu.

[09:20, 7/6/2016] Abah Hanan: Abah pun meleleh air mata tengok video ni , teringat Ayah abah masa dia sakit dulu ,abah bawakan makanan, dan teringat lagi masa abah di bawa ke bilik pembedahan , anak2 melambai2 sambil berkata jangan tinggalkan kami abbbbbbbah …….!
[09:29, 7/6/2016] Abah Hanan: Semasa abah kecil2 hidup dalam serba kepayahan , mengharungi lautan , sawah , lumpur , menoreh getah dan lain-lain  pengalaman  dirasa penuh kepayahan semasa belajar.  Abah selalu berazam dan berdo`a supaya anak2 abah tidak mengalami kerikil2  dan kepayahan hidup sebagaimana yang abah alami .  Alhamdulillah do`a dan usha itu di Kabulkan  Allah. Terima kasih ALLAH…Ya. Allah…Ya WADUD ..Cinta Allah.
[09:59, 7/6/2016] Abah Hanan:  Dulu hendak ke Malaysia, naik sampan dengan Ayah, emak dan  adik beradik. Terasa-rasa  lagi air laut boler capai dangan tangan dari Sumatera.Dulu kita ni keturunan PATI .
[10:02, 7/6/2016] Abah Hanan: Anak-anak abah  kalau nak dapat CINTA ALLAH , zikir YA WADUD sekurang-kurangnya 10 kali tiap-tiap lepas sembahyang. Amalkan.
[10:09, 7/6/2016] Abah: Ok …… nak ke Mesjid waktu Asar dah nak tiba…… asalamualaikum buat semua.
[14:18, 7/6/2016] Abah: Sementara belum Tarawih…….Bangun pagi ( sebelum subuh ) selepas puji Allah dg tasbih tauhid الحمد لله الذى احيانا بعد امتنا واليه النشور lepas tu zikir YA HAIYU YA QAIYUM sekurang2 nya 10 kali inshallah panjang umur & sihat cergas .Nak murah rezeki lepas solat Dhuha , baca Do`a , dan zikir YA F A TAH … YA WAHAB…YA RAZAK …lepas tu kerja , teru zikir ……. AMALKAN!..

Inilah pesanan abah2ku untuk dikongsi bersama hari ini… Semoga kita menjadi anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejateraan ayah dan ibu kita.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s