Abah Saya

Abah Kesayangan saya

Abah Hanan

Dalam hidup saya, selain suami dan anak-anak… Saya mempunyai seorang lagi sumber inspirasi dan sinergi dalam hidup saya. Abah adalah insan yang menjadi sumber kekuatan hidup saya selepas arwah mak meninggalkan kami adik beradik pada tahun 1998. Tarbiah abah banyak menyumbang  pada pembesaran saya. Disiplin dan sikap saya banyak dipengaruhi abah. Mungkin kerana saya anak sulong, abah lebih memberikan tumpuan asuhan anak kepada saya. Abah banyak mengajar saya untuk menjadi anak sulong yang adil , tegas dan fleksible dlm masa yang sama  kepada adik-adik.

Abah memang tegas dlam mendidik. Dulu saya rasa abah tak sayang saya bila saya dipukul kerana tidak mahu mengaji dan solat. tetapi kini saya mengerti kenapa abah amat pentingkan kedua-dua amalan ini apabila saya dewasa. Abah juga tidak     suka kami mengeluarkan kata-kata negatif apatah lagi merungut tidak menentu.

 

abah pada saya seorang yang sangat positif. Berilah apa jua masalah dan datanglah apa sahaja ujian pergantungan abah kepada Allah sangat kuat. Dia menunjukkan teladan kepada kami tentang akrabnya Tuhan dengan kita dengan membalikkan apa sahaja yang berlaku tetap sahaja dengan izinNya. Kata-kata abah ada kala berbisa tapi penuh dengan makna tersirat. Walaupun diusia pencen ini orang kata adalah usia menuai hasil kerja , tapi abah tetap sibuk seperti dahulu. Dakwahnya tidak pernah berhenti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s