Sinergi…


Sinergi… ya. itulah tajuk novel terkini yang aku baca. Tulisan Hilal Asyraf… Hilal Asyraf menulis berlatar belakangkan kehidupan studen Jordan dalam melampiaskan kehidupan mereka dalam mengharungi wadah ilmu , dakwah dan perjuangan di bumi anbia`.

Hijrah aku juga perlukan sinergi.. satu kekuatan luar biasa yang boleh menaikkan semangat utk aku terus beraksi di medan baru ini. Bukan tidak suka apatah lagi berduka dgn semua ini. Semuanya berlaku dlm jangka waktu yg tidak disangka! Begitu awal rasanya ,,, Disini (SKudai) aku mengenal erti perkongsian ilmu apabila mula mengajar di masjid taman. Terima kasih mak…  Hanan semakin suka membaca sekarang ni.. Suami selalu mnjadi saksi kestresan aku setiap hari isnin bila nak pergi mengajar di masjid… Ada sahaja alasan yg aku buat… sakit perut la… maigrain la…  penat la… hari hujan la.. Tapi Zakuan yang aku kenal memang melengkapkan diriku yg  degil ni dgn layanan  sinisnya… “tak  pe la nan… tak  pergi pun tak pe… bulan depan je awak ngajo…” hahahha… ayat2 cinta yang aku tak suka! Aku pergi gak akhirnya.. pergi bukan sebab nak mengajar sangat pun… tp sebab macam dicabar dan sakit hati dgn kata2 “anak  pocong”  gelaran utk suami aku semasa kami masih musuh di sekolah..

Walaupun aku tak suka rumah kat skudai tapi disana aku bahagia sebab berdekatan dengan mak dan bapak mentua aku yang sangat mengambil berat. Ingat lagi awal2 nak pindah skudai…. kawan2 n mak cik2 aku pesan ” jangan dok dekat dgn mak mentua ..” bila jauh wangi je… bila dah dekat ….habis ko !” Makin depa ckp mcm tu makin meronta2 pulak nak dok dekat ngan mak mentua! mane la tau  ade adengan2 drama jadi kat hari2 yg aku lalui! Hahahah… ok je…! tak pernah pula mak mentua aku perli2  aku o ngate2 aku kat org lain… setakat tegur biarkan anak beli jajan kat van apek depan umah tu ade la… heheheh. Bahaya utk keselamatan n budk2 kata mak jangan diajar sgt beri duit utk beli apa yg dia mahu… betol3! Sbb tu la bila kawin agama dititik beratkan. mak ayah yg faham agama  akan sntiasa mmberi sokongn kpd anak2 dan menantunya serta cucunya!

Di Sekolah taman U pula wp awal2 kehadiran aku dikejutkan dengan watak seorang ketua Bidang bernama En Shah yang garang macam sultan Johor (aku gelar dia..) . dia asyik cari pasal je dgn aku.. (perasaan je tuuu) tak abis dia nyampuk bila aku mengajar, letak pulak notis amaran JANGAN PARKING DISINI!! depan cermin keta aku, Dia sound aku kuat2 depan murid …waduh!!! apehal la  Pak cik ni… 2 minggu masuk sekolah tu aku tertekan.. nak aje balik aitam… Aku ngadu kat Kak Ibah.. Wp Aku tak kenal sgt dia ni tp aku perlukan tong sampah utk buang masalah aku ni. hehehe Kak Ibah la sasarannya masa tu….

Dari situ aku rapat dgn Kak Ibah. Sampai jadi kawan baik…! Dah lama tak de kawan baik sejak dah keje ni… Mula2 tolong2 kak Ibah buat keje2 perkeranian je… pas tu dah macam jd asistant lak. Aku suke je buat2 keje2 balik tabir ni..Tapi dengan berkawan ngan Kak Ibah mcm2 muhasabah diri aku dapat.. Kira banyak la benda baru yang aku perlu fikir utk diri sendiri.

Hari2 aku diwarnai dgn anak2 didik yang baik2 belaka! 2010 aku dapat mengajar kelas awal n hujung yang menyeronokkan. 4Sn1 n2 aku suke berceloteh ngan diorang… ajar satu baris… melencong ceritanya sampai 5 baris! hahaha… ade pulak Mamat Asyraf yang gila2 nyampuk tak tentu pasal.. haru biru kekadang kelas tu! padehal kelas budak pandai n skema la kononya… time agama depa jd budak ting tong pulak! Tu belum masuk kelas 4 ERT n EA 2 lagi… gamat la sesangat…!  Sampuk menyampuk masa ngajor aku tak kisah… layankan je… sebab dgn cara tu otak murid aku ni berkembang dgn kritisnya… cuma bila masuk bab2″ blue ocean” aku kene luruskan balik tuning merepek meraban diorang. kelas 5P1n P2  n 5 ERT pun best! Masing2 ada bawaan watak remaja mereka tersendiri. Ade minah latah (Farah), ada mamat jiwang yang sentiasa berusaha mengislah aweknya (Bai), ada si pemburu cinta (????) ada si pari2 setia ( sape la tu..) . Aku suka dengar cerita mereka sebab dunia mereka masih awal kehidupan. Sayang kalau tak de pendengar yang bole betulkan mana yang patut…kan? kan..? kan..? Pernah seorang pelajar saya berkata ” Ustazah, kan best kalau  saya boleh cakap macam yang mana saya cakapkan dengan ustazah sekarang ni pada mak saya..”  mak  aii… terharunya Aku. Berfikir semula … Boleh ke aku jadi macam ni bila anak aku remaja nanti?? masa tu dah tua.. dah tak larat nak dengar cerita2 anak agaknya… wah… ni satu cabaran ni… Umur aku 44 tahun anas 21 tahun, abir 19 th, anwar 16 th n aufa 13 tahun…. 10 tahun lagi aku akan hadapi situasi2 ni…  Mg2 aku dapat menjadi “the best Ummi ” waktu tu.

S.O.U.T.U.L .A.M.A.L

Mungkin sebab masa aku terlalu penuh disekolah buat aku termengong bila tak de keje…. Habis kelas , lepas2 solat sambil tunggu budak2 nasyid kol 3 aku tanda buku… kol 3-5 latih nasyid, balik umah standard waktu pukul 6. Habis musim MTQ  ade lg rutin ngan anak2 nasyid… buat lagu baru la… g studio buat minus one la…itu ini begitu begini… aku ngan SA ni dah mcm anak beranak dah… surau tu dapur kami… studio kami… rumah rehat kami… musolla kami… pendek kata dah jadi markas la! Aktiviti akhir dgn Soutul Amal ialah LUSA (Layar Ukhuwwah Soutul Amal) kira klimak perpisahan kami la… Yang paling best Anas, Abir, Anwar pun join skali.. Kak Ibah , Kak Rahmah n Kak Zaiti pun masuk dalam filem ni. Org kuat balik tabir setentunya Kak Eiy comel!! Kalau tak dy ngadap bonda tak jalan projek ni…

S.Y.A.R.A.H.A.N

Kat sek rendah dah tak de syarahan agama…. Kire Azid anak syarahan  terakhir aku.  dah 2 tahun aku latih azid. Anak yang kuat semangat , tp kadang tak fokus! bila dy tak fokus dia mula la gosok2 hidung.. bt2 lupa!  Tahun 2010 azid dpt penyakit tak cukup tido… hahaha… semua cikgu risau… Sbb tu emosi dy kdg2 tak stabil.. tp tu semua ujian.., dan ujian Allah bila kita usaha atasinya akan meningkatkan lg iman manusia…Tahun depan dy br F5. Masih ada peluang utk dy baiki prestasi dlm syarahan. Mg2 cita2nya nak jd peguam menjadi kenyataan seterusnya menjadi kebanggaan mama n adik2…

F.A.M.I.L.Y.

Landing time…. Inilah sasaran aku sekarang..! Hidup ni penuh rahsia tarbiah Ilahi… Siapa sangka aku akan ke sekolah rendah selepas mengajar 9 tahun di sekolah menengah.  Cantiknya Allah atur hidup aku… setelah aku menjiwai anak2 remaja, Aku diberi peluang utk menyelami jiwa anak2 kecil pula… nampak agak terbalik kitarannya tapi itu semua peluang utk aku terus meneroka Hari Seorang  HANAN…. Terima Kasih TUHAN!!

Published by hananhamzah

mudarrisah allughatil arabiah

One thought on “Sinergi…

Leave a comment