S.E.P.U.P.U.K.U.K.A.W.I.N


30 Mac 2012 (Jumaat)  adalah tarikh keramat buat sepupu saya Nur hidayah binti Mohd Noh. Beliau telah diijabqabulkan dengan pasangannya juga sepupu saya! ehem…ehem….! dalam diam rupanya… kelakar ada, konpius ada dan ada juga yg kata bia betolll??? hehehe.. itulah yang dinamakan jodoh. Sememangnya ajal, maut, rezeki dan jodoh manusia ketetapan Allah yang Maha Esa.

Kami keturunan jambi (hehehe….masuk kisah sejarah sikit ye!) Keluarga Jambi kami berhijrah ke Tanah Melayu pd  zaman  org dok berkenan dengan Tanah Melayu ni (nampak sgt tak kaji sejarah Melayu). Kelaurga kami tidak ketinggalan sama, yang datang dari Tanah Besar China, India juga,  Wong Jowo  tak lupa, Wak banjar , Bugis dan ntah ape lagi la kan…. Jambi pun tak kurang sama… Moyang-moyang  kami berpecah dua kumpulan besar. Satu kumpulan di Terengganu dan satu kumpulan di  Johor. Kami set2 sebelah johor ni berkampung dan membuka satu kawasan   di sebuah  tanah yang kini namanya  Sg Bioh yang terletak di Parit Raja  Batu Pahat , Johor.  Saya dibesarkan dirumah pusaka  ini. Abah  bekerja sebagai Ustaz di Parit Saidi, mak pula masa tu  masih Di Al-azhar Universiti  meneruskan pengajiannya. So, dijaga oleh nyaie sejak baby. kesana kemari berkepit dengan nyai…. Kalau tanya sepupu2 saya mereka  memang tak arif sgt susur galur keturunan kami. Saya ni pun blurrr… apa lagi mereka! kira saya la yang agak arif tntg ceritera jambi kami ni,   al-maklum la cucu nyaie….(hehehehe….senyum sinis). Buyot / Moyang  kami dipanggil Kiyai. Kata Nyaie dia keturunan Perdana Menteri la di Jambi..hahahaha….jangan main2.. keturunan PM kami ni! huhuhu… Bangsawan la kononya. Nak buat rumah pusaka tu import kayu dari jambi…! kerawang dan awan laratnya memang antik la…   Oleh kerana ingin menjaga pertalian darah  sesama jambi menjadi adat mereka berkahwin saudara. Ibarat yang jauh di dekat-dekatkan dan yang dekat  dirapat-rapatkan.  Contoh paling jelas, Nayie saya sendiri dijodohkan dengan Atok saya , pada ketika itu masih menetap di Jambi. Arwah mak saya juga pernah di kenenkan dengan saudara kami di sana. Tapi oleh kerana jodoh dengan abah kuat maka abah la yg  berkahwin dgn mak. Antara asbabnya,  untuk menjaga pertalian nasab  kejambian  (ta’asub tuuu…) dan jaga harta agar tak terlepas ke  tangan org lain…hehehhe banyak ke hartanya… Tapi yg saya maklum, tanah sepanjang Sg Bioh tu memang Moyang sy yg empunya dan nyai cerita moyang ramai kulinya ( Bahasa nyaie aku..) Alangkan berpantang pun ramai dayang2 dr kalangan kuli dan Nyaie hanya duduk  sahaja. Sebelah kanan rumah pusaka, masjid besar untuk Buyot beri kuliah dan sebelah kanan pula bangsa l memproses getah. Masa kecil setiap  pagi saya akan lihat orang memproses getah dari  kerawang-kerawang tingkap  rumah tersebut. Atok pun kerjanya hingga tua hanya sebagai mando bukan komando yee…(bahasa dulu… sekarang org panggil supervisor), dari kebun ke kebun dan mengutip hasil sawit setiap bulan.

Berbalik pada perkahwinan sepupu ni. Bapa Daya adalah Pak Usu (Ucu) saya dan Suaminyanya Tamziz anak kepada Pak Long saya. hehehe unikkan? lagi unik…. dalam 6 orang anak nyaie, Pak Long dan Ucu ni je yg kawin sedaro! (bahasa jambi) anak-anak nyaie yg  lain berkahwin dengan pilihan masing-masing termasuk mak saya. Ucu  dan Pak Long kawin dengan  Jambian yang berada di Terengganu. Agak kelakar sebab tetamu kedua belah pihak adalah orang yg sama. Tapi bila dah berkumpul para Jambi masih ramai generasi2 baru yg kami tak kenal…huhuhuhu…

Pada malam 30 Mac 2012 Daya dan Tamziz melakar sejarah semula.. Kami tumpang bahagia.. Nyaie pun dah uzur sekarang ni. Sebelum majlis mereka berlangsung  Nyaie dimasukkan ke hospital kerana hipo kencing manisnya.(lebih kurang gitu la bunyi penyakitnya..) Siap minta balik dengan doktor  kerana cucunya nak nikah. Balik rumah terus arah itu. ini.. utk buat bunga rampai. Begitulah nyaie yg asyik fikir tentang anak cucunya…

Selamat berbahagia adinda kesuma jiwa…

Moga berbahagia hingga ke syurga!

From Jambi With Love…

Pak Long saya (Gambar bawah sebelah kanan)

Majlis serah menyerah simbol satu AMANAH.

Acuan dan cetak muka jambi yang sekata hehehe…

Anak-anak campuran Jambi+Jawa ada rupa kore tak??  hahahaha….

Apa-apa pun… Syukur dengan segala nikmat yang diberikanNya… Nikmat Ukhuwwah, nikmat kasih sayang dan nikmat kebersamaan dalam  mahabbah kekeluargaan. Inilah aset yang akan menjadi nadi jariah yang tak putus iaitu usrah yang soleh dan solehah…

Terima Kasih Ya Rabb!

Published by hananhamzah

mudarrisah allughatil arabiah

4 thoughts on “S.E.P.U.P.U.K.U.K.A.W.I.N

Leave a comment