No1…4me….


Image

Ini adalah penulisan ke 100 saya. lambat bebeno nak sampai 100. Ianya memakan masa 2 tahun maa….  kenapa No1…4me menjadi pilihan?? sebab  ini lagu peberet utk tahun ini. Memang utk ibu2  di alam ini tapi saya dah jatuh brkenan dengan melodinya so, wp isi lagu dan apa yg saya tulis ni tak mengena saya tetap nak lagu ni..! hahaha …degil..!

  No1, 4me semestinya cinta Allah yang Esa dan juga kepada RasulNya. itu yang abadi. Menjadi muslim yang sentiasa memperbaiki diri. Memang kita selalu melakukan kesilapan tapi jangan berlengah utk meperbetulkannya secepat mungkin. Ajal tak tau bila kan..?

No 1 utk isteri adalah  suaminya..saya le tu! Dah jadi isteri orang (takkan isteri bunga plak kan…!). mesti mencuba sedaya upaya menjadi yang terbaik utk dirinya. Wp banyak kekurangan, kelopongan dan ketidaksamaan, sedaya mungkin carilah keserasian. InsyaAllah, niat yg baik akan dipermudahkan Allah.. Cuma, jangan cinta kita melmpaui Allah dan Rasul, nanti sakit wooo.. Suami kan pinjaman juga,,, hehehe..mcm buku teks plak! tapi lebih kurang gitu la..

No1 pada saya lagi adalah anak2 & keluarga terdekat… sebab, itu amanah Allah… mesti buat yang terbaik utk mereka. so, suka tak suka, nak ke tak nak… terima amanah dan cabaran2  bersama mereka yang Allah dah pakejkan utk kita redah / lalui & pulun dengan sulaman iman dan islam ..

No1 seterusnya ialah kerjaya. Kenapa perlu pentingkan kerjaya juga?? haaa… itukan periuk nasi.. hasilnya akan menjadi darah daging … Kerja pun tak bole jadi no 2 kerana Redha Allah dalam pakej itu.

Aiihh… mana no2nya??

Bila kita jaga no 1 kita yang lain akan mengikut. Zakuan selalu kata, “Bila niat nak buat sesuatu dahulukan Akhirat, yg dunia pasti mengikut.” 

So, terimalah Number One For Me versi Al-Hamra.

(Nama keluarga saya sempena Hamzah Ramli).

Syukran Ya Rabb!!

Published by hananhamzah

mudarrisah allughatil arabiah

One thought on “No1…4me….

Leave a comment