Terpanggil…


Hari ini saya dimaklumkan anak-anak Soutul Amal saya akan membuat persembahan sempena Pelancaran Minggu Anti dadah peringkat sekolah. Dua Hari ini saya berbual dengan Nadzmi dalam fb yang  memberikan laporan tentang latihan yang dilaksanakan. Malam tadi saya  sms Khaidir dan berbual dengan Azid .. masih bertanyakan hal yang sama .. hai… saya masih belum boleh membiasakan diri dengan situasi anak-anak Soutul Amal berlatih tanpa saya. Asyik terpikir dan memikirkan mereka. Bagaimana latihan mereka ye… Hanya harapan dan doa sahaja yang saya mampu lakukan dikejauhan ini. Apabila teringat sahabat-sahabta seperjuangan hati saya lega kerana saya memang begitu percaya  sahabat-sahabat saya  Kak Rahmah, Kak Yasirah , Kak Zaiti, Kak Ibah dan Kak Kamariah  yang tidak akan membiarkan anak-anak Soutul Amal saya begitu sahaja. Semasa  anak-anak saya menyampaikan  persembahan pun sahabat2 seperti Kak Zaiti dan Kak Yasirah mengirimkan sms dan kirim gambar (x boleh buka) mengkhabarkan  tentang anak-anak saya. Kak Ibah juga bercerita panjang dalam panggilan telefonnya tadi  menkhabarkan kegeramannya kerana ada anak-anak saya yang tidak mahu menerima duit belanja darinya! heheheh…Mereka seperti mengetahui perasan saya pada waktu itu. Ahh… sengalnya .. jiwa saya..!  menaip  ni pun dengan juraian air mata… sungguh tak kuat semangat! Menulis ini bukan meminta simpati… tetapi untuk memuntahkan perasaan sedih dan memberikan semangat pada diri sendiri …  saya tahu… hanya saya yang boleh mengembalikan semangat ini dan  kepada Allah jua saya bermohon agar saya terus diberi kekuatan untuk terus mengorak langkah di sini.. Saya yakin,  selepas ini Anak-anak Soutul Amal saya akan terus berdikari dan mampu memberikan input dakwah mereka kepada sekolah walaupun tanpa saya . Yeah bebeh!! (dialog shukri!)

Ok lah… lagu 1 Malaysia membenteras dadah  yang berada dicorong telinga saya pun sudah tamat… dan saya mahu ke kelas…  Hidung yang merah perlu di cover semula… lega dapat menaip!

Terima Kasih Tuhan…!

1 Malaysia membenteras dadah

Published by hananhamzah

mudarrisah allughatil arabiah

Leave a comment